Thursday, August 29, 2019


Important "Assalamualaikum !,"
Eliza menolak daun pintu rumah agam itu. Sunyi. Itulah irama yang menyambut salam 
kepulangannya dari sekolah. Kedengaran suaranya bergema beberapa kali mentafsirkan 
betapa rumah itu jarang berpenghuni.
"Hush!...", dia menghempaskan badannya di sofa.
Satu sudut ruang tamu kecil untuk menonton itu di pandang sepi. Berkerut dahinya melihat 
segelas 'mug' di atas meja kecil di tepi kerusi urut elektrik milik ayahnya. 'takkan papa dah 
balik kot,'bisiknya sendiri. Pandangannya meliar. Rumah mewah ala inggeris itu diperhati. 
Pengamatannya kerap. Mana tahu dia terdengar bunyi seseorang melangkah atau bunyi suara 
orang berbicara. Dengan langkah malas dia bangun dan berjalan ke dapur. Eliza melalui ruang
 makan dan ruang tamu besar. Sempat dia menoleh ke arah tangga menuju ke tingkat atas.
 Mana tahu kelibat ayahnya kelihatan. Tetapi hampa. Sesampai di bahagian dapur kelihatan 
Mak Lia terbongkok-bongkok di bawah meja makan kecil yang memuatkan enam orang. Eliza 
berkerut.
"Mak Lia, cari apa tu?", Eliza menegur.
"Eh, mak engkau!cari engkau!...ish,!...eh,Iera nie…buat Mak Lia terkejut la!," Mak Lia melatah.
Eliza ketawa  kecil. Lucu pula dia melihat gelagat Mak Lia.
"Sori la Mak Lia…Shah tengok Mak Lia terbongkok kat bawah meja tu, cari apa?," Shah, dia 
membahasakan dirinya Shah pada orang ramai. Cuma nama panggilannya sahaja akan berubah.
"Senduk…ntah hilang ke mana…tadi jatuh kat sini…dahlah Mak Lia nie rabun…main 
hilang-hilang pulak senduk nie..!," Mak Lia membebel.
Eliza mengeluh kecil. Kelucuannya terbit mendengar omelan mak Lia. Dia kemudian tunduk 
melihat ke bawah meja. Sama menolong mak Lia mencarikan senduknya yang hilang. Segera 
dicapai senduk yang tersembunyi di bawah kaki meja sehingga menyukarkan mak Lia menemuinya.
"Nah, Mak Lia…Shah dah jumpa…,"
"Ya Allah..di situ rupanya kau sembunyi ya senduk…nak main tapuk-tapuk dengan aku pulak
 engkau ya!," Eliza menggeleng.
"Mak Lia nie…ada plak senduk tu nak main-main…,"
"Eh, kalau ular senduk pandai tau Iera!,"
"Ish, ada plak sebut pasal ular…apalah Mak Lia nie…," Mak Lia hanya ketawa mengekek.
Kemudian menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Eliza membuka tudung saji. Seleranya 
terbuka melihat sayur betik masak lemak kerang yang di masak mak Lia. Ikan merah masak asam 
pedas dan udang goreng butter. Air liurnya kecur. Segera diambil pinggan di dalam kabinet.
"Wah…sedapnya Mak Lia, jarang-jarang masak makanan kampung nie…," Eliza memuji.
Mak Lia menoleh ke arahnya dan tersenyum. Tumpah kasih sayangnya pada anak majikannya itu.
 Sejak ibunya meninggal dunia 15 tahun lalu ketika melahirkannya, dialah yang mengasuh anak
 itu sehingga dewasa.
"Mak Lia tahu, Iera suka makan masakan kampung kan…," diperhatinya gelagat Eliza
 dengan mulut yang penuh dengan nasi. Eliza tersenyum senang.
"Mak Lia, malam nanti masak macam ni lagi ya," pintanya. Terlupa dia dengan tujuannya 
tadi untuk bertanyakan perihal ayahnya.
"Eh, malam nie…tak boleh la sayang…esokla ya," Eliza berkerut memandang Mak Lia.
"Kenapa pulak?," Pelik dia melihat Mak Lia kerana permintaannya tidak dipenuhi. 
Mak Lia tersenyum tawar. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
"Mak Lia..?," Mak Lia memandang Eliza sambil tersenyum kelat.
"Tuan Zainal suruh Mak Lia masak masakan barat malam nie..ada kawannya nak datang,"
"Jadi betullah papa ada kat rumah nie?," Mak Lia mengangguk.
"Siapa mak Lia?,"tanyanya lagi.
Nasinya tinggal beberapa suap lagi untuk dihabiskan. Dia menambah lauk udang butter ke 
dalam pinggan.
"Entahlah, tapi macam penting sangat, sebab…Tuan suruh Jamal tukar langsir 
ruang makan besar tu…suruh pasang langsir yang Tuan decorate tu..,"
"Hah?....penting sangat ker?," Eliza tertanya-tanya. Segera dia menghabiskan makan tengah 
harinya dan berhajat menjenguk ayahnya di bilik.
Eliza berlalu ke ruang dalam. Mak Lia hanya menghantar dengan pandangan sepi. Ingin dia 
mengatakan perkara sebenarnya kepada Eliza tetapi niatnya dibatalkan. Biarlah Encik Zainal
 sendiri yang menerangkan kepada Eliza. Lagipun itu soal mereka anak beranak. Dia hanyalah 
seorang pengasuh sahaja di rumah itu. Ketika sampai di tingkat atas, Eliza terdengar gelak ketawa 
seorang perempuan. Dahinya berkerut. Suara itu datangnya dari master room. Setahu Eliza bilik itu
 tidak digunakan oleh sesiapa setelah kematian ibunya. Ayahnya juga hanya menggunakan bilik
 tidur biasa sahaja. Ketika dia ingin melangkah ke arah bilik itu, Eliza ditegur oleh seseorang.
"Sayang, baru balik ker?"Eliza menoleh dan tersenyum.
"Eh, papa…ha'ah….adalah dalam setengah jam…Shah kat dapur tadi…lunch!,"
"I see….,"Eliza mengucup tangan ayahnya sebagai tanda hormat. Encik Zainal tersenyum lebar. 
Misainya yang melentik itu terlihat garang pada wajahnya. Tergerak janggut nipisnya 
ketika memeluk anak tunggalnya itu. Ketinggian Eliza memang paras dagunya sahaja. 
Anak gadisnya yang berumur 15 tahun itu dikucup hangat di dahi.
"Papa kata seminggu kat Sabah….awal balik…,"
"Yes, I have something to do here..so….,"
"Hi darling!," Eliza dan Encik Zainal menoleh ke arah suara tersebut. Berkerut dahi Eliza 
melihat seorang perempuan separuh umur berdiri di hadapannya. Dengan penampilan 
perempuan itu yang kelihatan gedik di mata Eliza membuatkan dia meluat melihatnya.
"Darling, I need some fresh air," membulat mata Eliza melihat perempuan 'gedik' itu 
memegang tangan ayahnya. Manakala Encik Zainal menguntum senyum manis menatap
 wajah si perempuan 'gedik' itu.
"Just a minute, dear... Sayang, ni papa kenalkan, Aunt Nancy. Will be my wife," Eliza terlopong.
 Terkebil matanya memandang perempuan Maori itu dari atas ke bawah. Perasaan kecewanya 
terbit perlahan-lahan. Mulai timbul kebenciaan dalam hatinya. Kenapa khabar ini pula yang 
dibawa Encik Zainal sekembalinya dari Sabah. Mungkin inilah tetamu penting yang dikatakan 
Mak Lia tadi. Tetamu istimewa Encik Zainal sekaligus bakal isteri ataupun ibu tiri kepada Eliza.
Eliza tunduk. Perasaannya dirundung sedih. Ingin dia terus  berlalu namun dia masih
 menghormati Encik Zainal. Dia masih perlu beradab bukan sahaja pada orang tuanya
 malahan juga kepada tetamu tidak diundang ke rumah itu. Eliza menarik nafas dalam. 
Mewaraskan mindanya supaya jangan dikuasai emosi.
"Se..selamat datang, Puan Nancy,"katanya sambil menahan sendu yang mulai menguasai. 
Encik Zainal perasan perubahan wajah Eliza. Tapi dia harus membiarkan anaknya itu bersikap 
matang dan memahami keputusannya. Dia perlu menjelaskan kepada Eliza yang dia juga 
memerlukan seorang pendamping hidup. Dia mahu Eliza menghormati keputusannya. Dan 
menerima pilihan hatinya.
"Thank you, my dear...just call me mommy, okay," perempuan bernama Nancy itu menyapu
 lembut bahu Eliza.  Gaya lenggoknya membuatkan Eliza meluat. Matanya dikenyitkan sebelah. 
Kemudian bibir mungilnya yang dilipstik berwarna merah garang itu tersenyum mesra. 
Tetap menimbulkan perasaan marah dalam hati Eliza.
Eliza menahan perasaan di dada. Tidak mengangguk bersetuju dengan pelawaan perempuan itu.
"Shah masuk bilik dulu, papa. Shah letih,"ujarnya lemah. Terbantut niatnya untuk berbual lama 
dengan Encik Zainal. Dengan begnya yang masih digalas dia berlalu ke biliknya. Agak jauh 
dari master room, guest room sahaja ada 6 pintu bilik dan kesemua bilik di bahagian atas ada 
8 buah bilik. Dan bilik Eliza adalah bilik paling hujung berdepan dengan guest room yang 
menjadi bilik Encik Zainal sebelum ini. Nampaknya kini Encik Zainal kembali menggunakan 
master roomnya. Eliza menoleh ke arah Encik Zainal sebelum dia masuk ke biliknya. Nancy 
memandang muka Encik Zainal.
"I'd told you, darling... She's don't like me," Nancy menjungkit bahu tanda tidak tahu harus 
berbuat apa. Dia menjangkakan memang anak teman lelakinya itu tidak akan menyukainya. 
Encik Zainal tersenyum manis.
"She don't know you, relax okay, give her some time, let's go to the park, you wanna fresh air,
 right, come," Encik Zainal memimpin tangan Nancy dan membawa perempuan itu menuruni 
tangga sebelum keduanya hilang di pintu belakang jalan menuju ke taman mini rumah agam 
tersebut. Sementara Eliza dibiliknya terhenjut-henjut bahunya menahan tangis. Sedu sedan 
suaranya tenggelam dalam bantal peluknya. Macam-macam persoalan bermain di mindanya. 
'Apakah papanya sudah lupa pada arwah ibunya,' persoalan itu berpusing-pusing di minda. 
Di ambil gambar di tepi katil atas meja lampu tidurnya. Gambar Encik Zainal dan Puan Mariam,
 ibu yang tidak pernah ditemuinya sejak dari kecil. Ibu yang telah mati syahid ketika 
melahirkannya. Diambil dan dicium gambar itu. Mungkin dia tidak perlukan sesiapa kerana
 Encik Zainal dan Mak Lia sudah cukup untuknya. Dia tidak memerlukan ibu baru. Dilepaskan 
semua tangisannya. 'sampai hati papa menduakan mama,' bisiknya keras di dalam hati. 
Dia marah tapi entah pada siapa ingin diluahkan perasaan marahnya. Sudahnya, air mata 
sahaja menjadi peneman duka dan lara.

***************

"Tuan, ada apa-apa lagi yang kurang tak?," Mak Lia tersenyum dan menunduk sedikit tanda
 hormat kepada majikannya itu. Dilihatnya Encik Zainal seolah-olah menyimpan sesuatu. 
Berkerut-kerut dahinya memandang hidangan yang disediakan Mak Lia. Sedangkan bukan 
hidangan itu yang difikirkan Encik Zainal. Kerusi anaknya masih lagi kosong. Di toleh arca
 jam besar yang berada di sudut ruangan makan itu,jam sudah menunjukkan angka 8:15 
minit. Eliza terlewat. Waktu ini sudah sepatutnya anaknya itu berada di meja makan untuk 
sama-sama menjamu selera dengannya.
"Mana Eliza, Mak Lia?" Mak Lia tersenyum kelat. 






p/s : dont worry guys..just follow the rules of my mind. this is just the started..
see you next time!...I'll catch up you guys later okay...😉😘

No comments:

Post a Comment