Eliza menolak daun pintu rumah agam itu. Sunyi.
Itulah irama yang menyambut salam
kepulangannya dari sekolah. Kedengaran
suaranya bergema beberapa kali mentafsirkan
betapa rumah itu jarang
berpenghuni.
"Hush!...", dia menghempaskan badannya di
sofa.
Satu sudut ruang tamu kecil untuk menonton itu di
pandang sepi. Berkerut dahinya melihat
segelas 'mug' di atas meja kecil di tepi
kerusi urut elektrik milik ayahnya. 'takkan papa dah
balik kot,'bisiknya
sendiri. Pandangannya meliar. Rumah mewah ala inggeris itu diperhati.
Pengamatannya kerap. Mana tahu dia terdengar bunyi seseorang melangkah atau
bunyi suara
orang berbicara. Dengan langkah malas dia bangun dan berjalan ke
dapur. Eliza melalui ruang
makan dan ruang tamu besar. Sempat dia menoleh ke
arah tangga menuju ke tingkat atas.
Mana tahu kelibat ayahnya kelihatan. Tetapi
hampa. Sesampai di bahagian dapur kelihatan
Mak Lia terbongkok-bongkok di bawah
meja makan kecil yang memuatkan enam orang. Eliza
berkerut.
"Mak Lia, cari apa tu?", Eliza menegur.
"Eh, mak engkau!cari engkau!...ish,!...eh,Iera
nie…buat Mak Lia terkejut la!," Mak Lia melatah.
Eliza ketawa
kecil. Lucu pula dia melihat gelagat Mak Lia.
"Sori la Mak Lia…Shah tengok Mak Lia terbongkok
kat bawah meja tu, cari apa?," Shah, dia
membahasakan dirinya Shah pada orang ramai. Cuma nama panggilannya
sahaja akan berubah.
"Senduk…ntah hilang ke mana…tadi jatuh kat
sini…dahlah Mak Lia nie rabun…main
hilang-hilang pulak senduk nie..!," Mak
Lia membebel.
Eliza mengeluh kecil. Kelucuannya terbit mendengar
omelan mak Lia. Dia kemudian tunduk
melihat ke bawah meja. Sama menolong mak
Lia mencarikan senduknya yang hilang. Segera
dicapai senduk yang tersembunyi di
bawah kaki meja sehingga menyukarkan mak Lia menemuinya.
"Nah, Mak Lia…Shah dah jumpa…,"
"Ya Allah..di situ rupanya kau sembunyi ya
senduk…nak main tapuk-tapuk dengan aku pulak
engkau ya!," Eliza
menggeleng.
"Mak Lia nie…ada plak senduk tu nak
main-main…,"
"Eh, kalau ular senduk pandai tau Iera!,"
"Ish, ada plak sebut pasal ular…apalah Mak Lia
nie…," Mak Lia hanya ketawa mengekek.
Kemudian menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Eliza membuka tudung saji. Seleranya
terbuka melihat sayur betik masak lemak
kerang yang di masak mak Lia. Ikan merah masak asam
pedas dan udang goreng
butter. Air liurnya kecur. Segera diambil pinggan di dalam kabinet.
"Wah…sedapnya Mak Lia, jarang-jarang masak
makanan kampung nie…," Eliza memuji.
Mak Lia menoleh ke arahnya dan tersenyum. Tumpah
kasih sayangnya pada anak majikannya itu.
Sejak ibunya meninggal dunia 15 tahun
lalu ketika melahirkannya, dialah yang mengasuh anak
itu sehingga dewasa.
"Mak Lia tahu, Iera suka makan masakan kampung
kan…," diperhatinya gelagat Eliza
dengan mulut yang penuh dengan nasi.
Eliza tersenyum senang.
"Mak Lia, malam nanti masak macam ni lagi
ya," pintanya. Terlupa dia dengan tujuannya
tadi untuk bertanyakan perihal
ayahnya.
"Eh, malam nie…tak boleh la sayang…esokla
ya," Eliza berkerut memandang Mak Lia.
"Kenapa pulak?," Pelik dia melihat Mak Lia
kerana permintaannya tidak dipenuhi.
Mak Lia tersenyum tawar. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
"Mak Lia..?," Mak Lia memandang Eliza
sambil tersenyum kelat.
"Tuan Zainal suruh Mak Lia masak masakan barat
malam nie..ada kawannya nak datang,"
"Jadi betullah papa ada kat rumah nie?,"
Mak Lia mengangguk.
"Siapa mak Lia?,"tanyanya lagi.
Nasinya tinggal beberapa suap lagi untuk dihabiskan.
Dia menambah lauk udang butter ke
dalam pinggan.
"Entahlah, tapi macam penting sangat, sebab…Tuan
suruh Jamal tukar langsir
ruang makan besar tu…suruh pasang langsir yang Tuan
decorate tu..,"
"Hah?....penting sangat ker?," Eliza
tertanya-tanya. Segera dia menghabiskan makan tengah
harinya dan berhajat
menjenguk ayahnya di bilik.
Eliza berlalu ke ruang dalam. Mak Lia hanya
menghantar dengan pandangan sepi. Ingin dia
mengatakan perkara sebenarnya
kepada Eliza tetapi niatnya dibatalkan. Biarlah Encik Zainal
sendiri yang
menerangkan kepada Eliza. Lagipun itu soal mereka anak beranak. Dia hanyalah
seorang pengasuh sahaja di rumah itu. Ketika sampai di tingkat atas, Eliza
terdengar gelak ketawa
seorang perempuan. Dahinya berkerut. Suara itu datangnya
dari master room. Setahu Eliza bilik itu
tidak digunakan oleh sesiapa setelah
kematian ibunya. Ayahnya juga hanya menggunakan bilik
tidur biasa sahaja.
Ketika dia ingin melangkah ke arah bilik itu, Eliza ditegur oleh seseorang.
"Sayang, baru balik ker?"Eliza menoleh dan
tersenyum.
"Eh, papa…ha'ah….adalah dalam setengah jam…Shah
kat dapur tadi…lunch!,"
"I see….,"Eliza mengucup tangan ayahnya
sebagai tanda hormat. Encik Zainal tersenyum lebar.
Misainya yang melentik itu
terlihat garang pada wajahnya. Tergerak janggut nipisnya
ketika memeluk anak
tunggalnya itu. Ketinggian Eliza memang paras dagunya sahaja.
Anak gadisnya
yang berumur 15 tahun itu dikucup hangat di dahi.
"Papa kata seminggu kat Sabah….awal
balik…,"
"Yes, I have something to do here..so….,"
"Hi darling!," Eliza dan Encik Zainal
menoleh ke arah suara tersebut. Berkerut dahi Eliza
melihat seorang perempuan
separuh umur berdiri di hadapannya. Dengan penampilan
perempuan itu yang
kelihatan gedik di mata Eliza membuatkan dia meluat melihatnya.
"Darling, I need some fresh air," membulat mata
Eliza melihat perempuan 'gedik' itu
memegang tangan ayahnya. Manakala Encik
Zainal menguntum senyum manis menatap
wajah si perempuan 'gedik' itu.
"Just a minute, dear... Sayang, ni papa kenalkan, Aunt
Nancy. Will be my wife," Eliza terlopong.
Terkebil matanya memandang
perempuan Maori itu dari atas ke bawah. Perasaan kecewanya
terbit
perlahan-lahan. Mulai timbul kebenciaan dalam hatinya. Kenapa khabar ini pula
yang
dibawa Encik Zainal sekembalinya dari Sabah. Mungkin inilah tetamu penting
yang dikatakan
Mak Lia tadi. Tetamu istimewa Encik Zainal sekaligus bakal
isteri ataupun ibu tiri kepada Eliza.
Eliza tunduk. Perasaannya dirundung
sedih. Ingin dia terus berlalu namun dia
masih
menghormati Encik Zainal. Dia masih perlu beradab bukan sahaja pada orang
tuanya
malahan juga kepada tetamu tidak diundang ke rumah itu. Eliza menarik
nafas dalam.
Mewaraskan mindanya supaya jangan dikuasai emosi.
"Se..selamat datang, Puan Nancy,"katanya
sambil menahan sendu yang mulai menguasai.
Encik Zainal perasan perubahan wajah
Eliza. Tapi dia harus membiarkan anaknya itu bersikap
matang dan memahami
keputusannya. Dia perlu menjelaskan kepada Eliza yang dia juga
memerlukan
seorang pendamping hidup. Dia mahu Eliza menghormati keputusannya. Dan
menerima
pilihan hatinya.
"Thank you, my dear...just call me mommy,
okay," perempuan bernama Nancy itu menyapu
lembut bahu Eliza. Gaya lenggoknya membuatkan Eliza meluat.
Matanya dikenyitkan sebelah.
Kemudian bibir mungilnya yang dilipstik berwarna
merah garang itu tersenyum mesra.
Tetap menimbulkan perasaan marah dalam hati
Eliza.
Eliza menahan perasaan di dada. Tidak mengangguk
bersetuju dengan pelawaan perempuan itu.
"Shah masuk bilik dulu, papa. Shah
letih,"ujarnya lemah. Terbantut niatnya untuk berbual lama
dengan Encik
Zainal. Dengan begnya yang masih digalas dia berlalu ke biliknya. Agak jauh
dari master room, guest room sahaja ada 6 pintu bilik dan kesemua bilik di
bahagian atas ada
8 buah bilik. Dan bilik Eliza adalah bilik paling hujung
berdepan dengan guest room yang
menjadi bilik Encik Zainal sebelum ini.
Nampaknya kini Encik Zainal kembali menggunakan
master roomnya. Eliza menoleh
ke arah Encik Zainal sebelum dia masuk ke biliknya. Nancy
memandang muka Encik
Zainal.
"I'd told you, darling... She's don't like
me," Nancy menjungkit bahu tanda tidak tahu harus
berbuat apa. Dia
menjangkakan memang anak teman lelakinya itu tidak akan menyukainya.
Encik
Zainal tersenyum manis.
"She don't know you, relax okay, give her some
time, let's go to the park, you wanna fresh air,
right, come," Encik
Zainal memimpin tangan Nancy dan membawa perempuan itu menuruni
tangga sebelum
keduanya hilang di pintu belakang jalan menuju ke taman mini rumah agam
tersebut. Sementara Eliza dibiliknya terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.
Sedu sedan
suaranya tenggelam dalam bantal peluknya. Macam-macam persoalan
bermain di mindanya.
'Apakah papanya sudah lupa pada arwah ibunya,' persoalan itu
berpusing-pusing di minda.
Di ambil gambar di tepi katil atas meja lampu
tidurnya. Gambar Encik Zainal dan Puan Mariam,
ibu yang tidak pernah ditemuinya
sejak dari kecil. Ibu yang telah mati syahid ketika
melahirkannya. Diambil dan
dicium gambar itu. Mungkin dia tidak perlukan sesiapa kerana
Encik Zainal dan
Mak Lia sudah cukup untuknya. Dia tidak memerlukan ibu baru. Dilepaskan
semua
tangisannya. 'sampai hati papa menduakan mama,' bisiknya keras di dalam hati.
Dia marah tapi entah pada siapa ingin diluahkan perasaan marahnya. Sudahnya,
air mata
sahaja menjadi peneman duka dan lara.
***************
"Tuan, ada apa-apa lagi yang kurang tak?,"
Mak Lia tersenyum dan menunduk sedikit tanda
hormat kepada majikannya itu.
Dilihatnya Encik Zainal seolah-olah menyimpan sesuatu.
Berkerut-kerut dahinya
memandang hidangan yang disediakan Mak Lia. Sedangkan bukan
hidangan itu yang
difikirkan Encik Zainal. Kerusi anaknya masih lagi kosong. Di toleh arca
jam
besar yang berada di sudut ruangan makan itu,jam sudah menunjukkan angka 8:15
minit. Eliza terlewat. Waktu ini sudah sepatutnya anaknya itu berada di meja
makan untuk
sama-sama menjamu selera dengannya.
"Mana Eliza, Mak Lia?" Mak Lia tersenyum
kelat.
p/s : dont worry guys..just follow the rules of my mind. this is just the started..
see you next time!...I'll catch up you guys later okay...😉😘
